Terma & Syarat
Laman web ini dikendalikan oleh THRIVE IMPACT RESOURCES (003550833-X). Dengan menggunakan laman ini dan membuat tempahan, anda bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan.
1. Penerimaan Terma
Dengan menggunakan laman ini dan membuat pesanan, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
2. Perkhidmatan Kami
Kami menyediakan perkhidmatan cetakan kipas tangan (hand fan) dalam pelbagai bentuk, menggunakan material art card 360gsm dengan finishing matt lamination dan gloss lamination.. Reka bentuk (design) perlu disediakan oleh pelanggan berdasarkan template yang diberikan. Kami tidak menyediakan khidmat reka bentuk.
3. Reka Bentuk & Fail Artwork
Pelanggan perlu menyediakan fail siap cetak berdasarkan template yang dibekalkan.
Format yang diterima: PDF, AI, EPS, atau JPG beresolusi tinggi.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan pada fail seperti ejaan, susun atur atau gambar.
Pengesahan artwork adalah tanggungjawab pelanggan.
4. Pembayaran
Untuk penghantaran (delivery): Bayaran penuh (100%) diperlukan sebelum cetakan dimulakan.
Untuk ambilan sendiri (collect di kedai): Deposit sebanyak 60% diperlukan semasa tempahan dibuat, dan baki semasa pengambilan.
Kaedah pembayaran yang diterima: Pemindahan bank, tunai atau cek.
5. Masa Siap & Penghantaran
Tempoh siap tempahan adalah antara 7 hingga 14 hari bekerja, bermula selepas pengesahan pembayaran dan artwork.
Penghantaran dibuat menggunakan perkhidmatan kurier yang dilantik.
Untuk kawasan Lembah Klang, penghantaran menggunakan Lalamove.
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran disebabkan pihak kurier.
6. Polisi Tukar Ganti / Kesalahan Cetakan
Jika terdapat kesilapan cetakan berpunca daripada fail yang disediakan pelanggan, kami tidak akan bertanggungjawab dan tiada penggantian akan dilakukan.
Sekiranya kesilapan berpunca dari pihak kami, penggantian semula akan dipertimbangkan bergantung kepada kes.
7. Hak Cipta & Kandungan
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan, gambar, logo dan teks dalam artwork yang diserahkan.
Kami tidak menerima artwork yang mengandungi kandungan lucah, berunsur hasutan, perkauman atau melanggar mana-mana undang-undang Malaysia.
8. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sila semak halaman ini dari semasa ke semasa untuk sebarang perubahan.
9. Undang-Undang & Bidang Kuasa
Terma ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang berbidang kuasa di Malaysia.
- No 10-1-7, Jalan Puteri 2A/3 Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor
- +60103018141
- thriveimpactresources@gmail.com

THRIVE IMPACT RESOURCES (003550833-X)
Handfan.my menyediakan perkhidmatan percetakan kipas tangan berkualiti untuk acara dan promosi di Malaysia.
Copyright © 2025 | Handfan.my. All rights reserved